![]() |
Pingat Emas Lompat Kijang |
Hari ini telah berlangsung kembali Kejohanan Padang dan Balapan untuk hari yang ke 4..Memang hari ini saya berharap atlet sekolah dapat menambah pingat untuk kontijen SMK Panchor setelah hari-hari sebelum ini agak mengecewakan...Harapan menjadi kenyataan apabila Adam Faiz memenangi emas dalam acara 110m hurdle..Kejutan juga telah berlaku apabila Shafiz Izwan(gambar diatas) telah memenangi pingat emas dalam acara lompat kijang L1... Memang sudah menjadi tradisi, SMK Panchor sentiasa memenangi acara lompat kijang setiap tahun.Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta ini! Kedudukan pingat keselruhan setakat hari ini adalah 3 Emas, 0 Perak, 0 Gangsa....Saya amat berbangga dan gembira dan saya doakan semoga kita dapat memperolehi lagi pingat pada hari terakhir esok.
No comments:
Post a Comment