Tindakan Wan Jamak meletak jawatan sebagai jurulatih Negeri Sembilan memang satu tindakan yang amat profesional. Beliau telah lama membimbing pasukan N. Sembilan dan tiba masanya pasukan ini diberi nafas baru dengan kehadiran jurulatih baru..Tidak perlu lah kita salahkan beliau seratus peratus di atas kemerosotan pasukan Hobin Jang Bobin baru-baru ini. Lagipun musim liga baru bermula dan ramai pemain-pemain baru yang dibawa masuk belum menunjukkan persefahaman lagi..ketiadaan pemain-pemain utama yang mengalami kecederaan juga memberi impak kepada prestasi pasukan ini. Apapun, kita sebagai rakyat N. Sembilan harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wan Jamak kerana dengan usahanya kita dapat membawa pulang kejuaraan yang sekian lama kita nantikan iaitu Piala Malaysia dan Piala FA. Bagi saya, Wan Jamak adalah jurulatih N. Sembilan yang paling cemerlang setakat ini...saya doakan beliau akan memperolehi kejayaan dimana jua beliau berada.
Friday, March 18, 2011
JASAMU KU KENANG..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment