Monday, March 28, 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS DAERAH SEREMBAN

Pingat Emas Lompat Kijang

Hari ini telah berlangsung kembali Kejohanan Padang dan Balapan untuk hari yang ke 4..Memang hari ini saya berharap atlet sekolah dapat menambah pingat untuk kontijen SMK Panchor setelah hari-hari sebelum ini agak mengecewakan...Harapan menjadi kenyataan apabila Adam Faiz memenangi emas dalam acara 110m hurdle..Kejutan juga telah berlaku apabila Shafiz Izwan(gambar diatas) telah memenangi pingat emas dalam acara lompat kijang L1... Memang sudah menjadi tradisi, SMK Panchor sentiasa memenangi acara lompat kijang setiap tahun.Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta ini! Kedudukan pingat keselruhan setakat hari ini adalah 3 Emas, 0 Perak, 0 Gangsa....Saya amat berbangga dan gembira dan saya doakan semoga kita dapat memperolehi lagi pingat pada hari terakhir esok.

Sunday, March 27, 2011

ANUGERAH SUKAN NEGARA 2010

Pemenang lain bagi Anugerah Sukan Negara 2010 adalah seperti di bawah ini.

Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang


Olahragawati Kebangsaan - Datuk Nicol Ann David


Pasukan Lelaki Kebangsaan - Skuad Hoki Negara


Pasukan Wanita Kebangsaan - Skuad Squasy


Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Zul Amirul Sidi Abdullah (Renang)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Nabilah Ahmad Sharif (Badminton)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Stephen Van Huizen, Tai Ben Hai (Hoki)

Jurulatih Wanita Kebangsaan - Tiada

Anugerah Kepimpinan Sukan - Prof Datuk AR W. Y. Chin (Snuker & Billiard)

Anugerah Tokoh Sukan - Tiada

Anugerah Khas - Datuk Lim Tiong Kiat (Badminton) , Datuk Nashatar Singh Sidhu (Olahraga).
 
Tahniah kepada penerima anugerah...Maju Sukan Untuk Malaysia

Friday, March 25, 2011

STRECHING

Perkara yang perlu diambil perhatian :

1. Jangan melakukan regangan dalam keadaan  otot yang masih sejuk- warm up (jog atau berjalan) dulu sekurang-kurangnya 10 - 15 minit.

2. Jangan terus melompat - Ia akan mengakibatkan otot kamu akan terik dan terkoyak. jangan melakukan regangan yang melampau sehingga menyebabkan kesakitan. Biarkan otot  diregangkan dalam keadaan relaks.

3. Jika terasa sakit atau tidak selasa, hentikan serta merta kerana ia boleh menyebabkan otot kamu cedera.

4. Buat regangan dengan perlahan dan relaks. Jika membuat regangan dalam gopoh boleh menyebabkan otot kamu tidak akan dapat berada dalam keadaan selesa.

Tuesday, March 22, 2011

KEPUTUSAN KEJ PADANG DAN BALAPAN 2011

Pelari terpantas bawah 15 tahun bagi daerah Seremban. Adam Faiz mencipta sejarah bagi sekolah kerana menjadi pelajar pertama bagi SMK Panchor yang memenangi acara sprint 100m. Saya amat berbangga dengan pencapaian beliau.Syabas Adam...!




Pelari Terpantas Bawah 15 tahun 2011

Sunday, March 20, 2011

LATIHAN LOMPAT JAUH (SIRI 1)

Disediakan oleh: Zaki Sadri
Sebuah program latihan khusus acara lompat jauh dan lompat kijang yang menggabungkan aspek teknikal, kekuatan fizikal serta persediaan menjelang hari pertandingan. Program ini dilaksanakan sepanjang minggu kecuali hari Rabu dan Ahad; waktu rehat.
Latihan dalam gimnasium pula memberi tumpuan terhadap aspek membina kekuatan dan ketahanan fizikal atlit. Ujian penilaian dirangka supaya menguji prestasi semasa atlit sepanjang program latihan. Program latihan ini wajib dipantau jurulatih mahir yang berkelayakan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan ke atas atlit. Perlu diingatkan bahawa tanpa pengawasan jurulatih bertauliah boleh menyumbang risiko kecederaan terhadap atlit.
Terima kasih atas perkongsian tips latihan dari Coach Zaki.
Jadual latihan seperti di bawah;
Latihan Ketika Fasa Persediaan
Isnin :
Core Stability Work
3x30m sprint drill
Long jump Drills
3x300m
Selasa :
Power Bounding x 50m x 6
Cool Down
Core Stability work
3x30m sprint drill
2x 300m(100m,50m.100m)
Tempo runs
Khamis :
Core Stability Work
3x30m sprint drill
3x 200m
6x 50m
Long jump drills
Jumaat :
Core Stability work
3x30m sprint drills
Long jump drills
6x200m
Power Bounding x 100mx4
Run-run bound x 100mx4
Single leg hop 50mx3 (L&R)
Double leg hop 25 hoping x 6
Fast Bounding 100m x6
Sabtu :
Core Stability work
3x30m sprint drills
Long Jump drills
6x200m


KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS DAERAH SEREMBAN

Bertempat di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi akan bermula Kejohanan Padang dan Balapan Tahun 2011. Pada tahun ini SMK Panchor akan menghantar beberapa atlet yang berbakat dan diharapkan mereka akan berjaya meraih kejayaan yang cemerlang pada kejohanan tersebut. Kejohanan ini akan diadakan pada 21, 22, 23, 28, dan 29 MAc 2011. SMK Panchor bolehhhhh!

Friday, March 18, 2011

JASAMU KU KENANG..

Wan Jamak Wan Hassan


Tindakan Wan Jamak meletak jawatan sebagai jurulatih Negeri Sembilan memang satu tindakan yang amat profesional. Beliau telah lama membimbing pasukan N. Sembilan dan tiba masanya pasukan ini diberi nafas baru dengan kehadiran jurulatih baru..Tidak perlu lah kita salahkan  beliau seratus peratus di atas kemerosotan pasukan Hobin Jang Bobin baru-baru ini. Lagipun musim liga baru bermula dan ramai pemain-pemain baru yang dibawa masuk belum menunjukkan persefahaman lagi..ketiadaan pemain-pemain utama yang mengalami kecederaan juga memberi impak kepada prestasi pasukan ini. Apapun, kita sebagai rakyat N. Sembilan harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wan Jamak kerana dengan usahanya kita dapat membawa pulang kejuaraan yang sekian lama kita nantikan iaitu Piala Malaysia dan Piala FA. Bagi saya, Wan Jamak adalah jurulatih N. Sembilan yang paling cemerlang setakat ini...saya doakan beliau akan memperolehi kejayaan dimana jua beliau berada.

Tuesday, March 15, 2011

KEJOHANAN GOLF MSSM 2011

 SMK Panchor ada wakil....Kita doakan Syed M. Fawwaz akan berjaya dalam kejohanan ini.

Kejohanan Golf MSSM 2011 akan diadakan pada 15 -17 Mac selama 3 hari berturut-turut. Pada tahun ini Negeri Selangor Darul Ishan telah diberi penghormatan untuk mengelolakan Pertandingan peringkat Kebangsaan.  Pada mesyuarat PTPS negeri yang sama semua negeri telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Wilayah Perskutuan Labuan yang akan menghantar pemainnya sendiri yang berasingan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini. Mesyuarat PTPS Golf  MSSM negeri tempohari diadakan di salah sebuah hotel dekat Klang.

    Lawatan dan tempahan padang pertandingan juga sudah dibuat oleh tuan rumah Selangor, semua pemain dari semua negeri yang akan mengambil bahagian akan berkampung di dua Arena pertandingan iaitu Pemain lelaki akan bermain di Padang Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor sementara itu pemain perempuan akan berkampung di Padang Golf Monterez Shah Alam Selangor selama 4 hari berturut-turut termasuk Latihan Pusingan pada 14 Febuari iaitu sehari lebih awal sebelum pertandingan.

3 Kategori untuk lelaki dan 3 kategori untuk perempuan akan dipertandingkan. Lelaki bawah 18, 15 dan 12, serta perempuan 18, 15 dan 12. Untuk menjimatkan masa maka pertandingan ini akan dimulakan secara "Shot-gun" dan sekiranya berlaku "Tie" pada akhir pertandingan maka pemenangnya akan dikira menggunakan sistem "OCB" (on Count Back)

 Pihak Persatuan Golf Malaysia sudah pasti akan sekali lagi memainkan peranan yang sangat penting seperti sebelumnya sepanjang tempoh kejohanan nanti kerana hanya MGA lah satu-satunya badan yang bertauliah menyediakan pengadil dan referi dalam kejohanan sehingga peringkat ini.  Sementara itu "Caddy" akan disediakan oleh Pihak Kelab Golf yang terlibat.

Penyelaras Sukan dan Kokurikulum dari bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia  (gambar sebelah) En. Mohamad Abdul Karim melahirkan harapan tinggi beliau agar Pengelolaan kejohanan pada tahun ini akan lebih berjaya dan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan pada sukan antara sekolah-sekolah Asian nanti yang akan diadakan di Singapura, beliau juga berharap negeri-negeri yang mengambil bahagian menyediakan pemain-pemain yang berkualiti supaya pertandingan menjadi lebih bermutu.

CHONG WEI KEBANGGAAN NEGARA..



lee chong wei1 Dato Lee Chong Wei menang kejuaraan All England

Syabas untuk Datuk Lee Chong Wei kerana mempertahankan kejuaraan All England. Sememangnya kejayaan ini amat menggembirakan rakyat Malaysia. Lebih manis Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan dengan straight set....

Thursday, March 10, 2011

MESSI TERHEBAT DI BUMI...

pix_gal0


Nafi impian Arsenal buat kali kedua

 Lionel Messi - seperti diramal - menjadi dalang kepada impian besar Arsenal buat musim kedua berturut-turut apabila ‘jaringan bijak’ dan sepakan penalti mengemudi Barcelona layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan agregat 4-3, awal pagi semalam. Itulah Messi....walaupun bertubuh kecil,teknik permainannya amat menakjubkan dan menghiburkan. Pendapat saya, Messi layak ditabalkan LAGENDA BOLA SEPAK DUNIA seperti Pele dan Diego Maradona...

Sunday, March 6, 2011



                             0                                                       3
Pertembungan Klasik antara 2 pasukan kuat dalam EPL pada malam ini sangat menarik dan memihak kepada Liverpool dengan jaringan 3-0. Seperti biasa, Liverpool akan menjadi kuat apabila bertemu dengan team yang kuat...tu pasal la dia tak boleh menang EPL tapi boleh menang European Champion Leuge.Manchester United mungkin akan mengalami penurunan dalam kedudukan EPL jika terus menunjukkan prestasi yg tidak kosisten.....









Friday, March 4, 2011

VITAMIN

Vitamin C
[orangelemon1.jpg]Semua makanan yang kita ambil seharian yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak Vitamin C. Vitamin C sukar wujud dalam keadaan yang tulen melainkan dalam bentuk yang telah teroksida. Setakat ini hanya sebuah syarikat pharmaceutical bernama Phizer sahaja yang mempunyai teknologi menyediakan Vitamin C dalam bentuk tulen.
[vitamin_x.jpg]
[orangelemon1.jpg]Walaupun Vitamin C mempunyai banyak asid folik, tetapi sekiranya ia wujud dalam bentuk yang banyak dalam keadaan teroksida, ia akan membentuk urik asid. Vitamin C yang banyak dalam darah akan membentuk kristal gout yang berupa seperti kon yang tajam. Ia boleh terbentuk di tapak kaki, buah pinggang dan usus besar. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berkalori tinggi seperti kari dan cili akan menyebabkan berak berdarah. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berprotein tinggi seperti keropok lekor, soya dan kobis boleh menyebabkan kencing berdarah.
[orangelemon1.jpg]Vitamin C apabila bertembung dengan protein, Vitamin C akan meyelaputi pretein. Protein yang diselaputi protein membentuk sejenis kolestrol yang tepu dan tidak boleh dihadam. Protein jenis ini akan menyebabkan saluran kapilari yang halus tersumbat. Jika berlaku penyumbatan saluran darah di otak, ia boleh menyebabkan simptom seperti strok.
[orangelemon1.jpg]Sumber Vitamin C yang baik, tidak teroksida dan mudah bersenyawa dengan DNA dan RNA sel ialah daripada daging kambing. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan memiliki kulit yang cerah, gebu, sihat dan cantik. Maklumat lanjut mengenai daging kambing, sila rujuk post dalam blog ini bertajuk Terapi Kambing.Makan lah kambing.....

Wednesday, March 2, 2011

KEJOHANAN GOLF MSS N.SEMBILAN

Syed Fawwaz kembali merampas title champion untuk tahun terakhirnya beraksi dalam siri MSS NS. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau. Sememangnya beliau merupakan pemain golf yang berbakat dan tidak mudah putus asa..Semoga beliau dapat membawa pulang pingat di peringkat kebangsaan tidak lama lagi


Like Father Like Son


Berjaya dengan dorongan keluarga


Champion 2011!!!
.

Tuesday, March 1, 2011

FITNESS

UKJK- Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (National Physical Fitness Test) 
This test is an internationally accepted procedure to assess the fitness level of an individual. From the results of this test, the individual will know his fitness level and take appropriate measures to improve his health and fitness status through proper exercise, diet and changes in his life-style. The test itself consists of 7 tests to measure the different fitness components.
The fitness components tested are:
  1. Stamina: This is the ability of the body to do work over a long period of time without feeling undue fatigue. Stamina is also known as Cardiovascular Fitness as it is related to the cardiovascular function of the body. This is the most important of all the fitness components.The test for this component is the 2.4 km. run.
  1. Strength: This is the force generated when muscles contract maximally. A persons ability to carry weights externally or internally ( ie his own body ) shows his strength. The test for this component is the body push ups, which is different for males and females.
  1. Power: This is the force generated when muscles contract maximally in a given    time. Thus if a person can jump or throw further , he or she has more muscle power. The test for this is the standing broad jump.
  1. Agility and Speed:  This is related to power, where muscle contraction is done quickly and the body is able to turn and twist efficiently. The shuttle run test is the test for   this component.
  1. Flexibility: This is the ability for the joints of the body to move in all the angles easily without feeling restricted. The tset for this componet is the sit and reach test.
  1. Muscle Endurance:  This is the ability for the mucles to contract over a sustained period of time. The test for this is the number of  sit ups   a person can perform in one minute.
  1. Body Fat Composition:  This test measures ones body fat % in the body. This is also a very important component of a persons fitness. The test involves measuring the weight , height , waist and hip measurements.