Harimau Muda telah berjaya membuktikan bahawa kita telah menjdi jaguh untuk negara-negara ASEAN dalam bola sepak, Syabas dab tahniah kepada pemain-pemain, jurulatih Ong Kim Swee, pegawai-pegawai dan FAM sendiri yang bertungkus lumus menyediakan sebuah pasukan mantap.
Dalam kita bergembira meraikan kejayaan kita mengekalkan pingat emas dalam bola sepak serta memalukan Garuda di laman sendiri, ada satu perkara yang perlu kita ambil perhatian setelah melihat persembahan pemain-pemain kita. Nazmi Faiz, pemain yang saya langsung tidak kenali telah betul-betul membuatkan peminat-peminat bola sepak terpegun dengan aksinya di padang.
Pemain berusia 17 tahun ini bermain seolah-olah telah lama bermain di pentas antarabangsa. Kawalan bola, passing yang tepat dan ketenangan dalam padang telah membezakan pemain ini dengan pemain-pemain Malaysia yang lain. Saya tidak pernah melihat pemain muda yang begitu memukau dalam padang seperti yang ditunjukkan oleh Nazmi Faiz.
Saya berharap FAM akan membentuk pemain ini ke tahap yang lebih tinggi dan memberi pendedahan kepada pemain ini di peringkat antarabangsa. Pemain sebigini lah yang harus dihantar oleh FAM kepada kelab-kelab di Eropah atau kelab-kelab gergasi Asia kerana talent yang masih muda ini memungkinkan menarik perhatian pencari bakat diluar sana. Semoga beliau akan menjadi bintang bukan hanya di Malaysia, malah kita mahukan dia menjadi bintang di Asia. Teruskan usaha...
No comments:
Post a Comment