Monday, November 14, 2011

KERJA 9 JAM


 Baru-baru ini KPM telah melaksanakan projek perintis (eksperimen) melibatkan guru-guru di negeri Johor, Melaka, Sarawak dan Pahang. Ramai guru yang tidak bersetuju dengan  perkara ini, dan berharap mereka tidak dijadikan bahan eksperimen. Perlukah guru diuji kaji begitu?

Beban kerja guru bukan lah berpunca daripada ketidakcukupan masa untuk bekerja. Apa yang selalu menjadi rungutan guru-guru, adalah mereka terpaksa melakukan kerja pentadbiran lebih banyak daripada menjadi menjadi pengajar di dalam kelas. Mereka ini tidak dapat FOKUS kepada P&P dan anak murid mereka kerana tumpuan mereka terpksa dibahagikan kepada tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas yang lain. Walaupun guru-guru ini balik pukul 5 pun, kalau kerja -kerja yang dilakukan itu bukanlah untuk P&P, bagi saya sia-sia sahaja.

Guru sebagai pengajar, bukanlah pembantu tadbir.cubalah KPM buat kajian yang realistik untuk menyelesaikan masalah ini. Kita selama ini tidak minta gaji yang lebih walaupun terpaksa melakukan kerja-kerja yang bukan kerja hakiki sebagai seorang guru dan kadang-kadang terpaksa kerja siang, malam, dalam panas terik matahari, hujan, buat kerja-kerja padang dan banyak lagi. Malah kami korbankan masa dan wang kami untuk anak murid kami...

No comments:

Post a Comment