Friday, November 11, 2011

Bantuan persekolahan RM100

Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.


Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.


Kita bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi oleh kebanyakan keluarga  bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2012. Umum telah mengetahui, betapa kenaikan harga barangan keperluan sekolah telah menyebabkan pendapatan benar isi rumah mengecil. Pemberian wang RM100 seorang dan pengecualian yuran (bayaran tambahan) memang tepat dan masanya dan membuatkan ramai orang mula tersenyum kepada kerajaan.


Saya berpendapat, inisiatif ini perlu diteruskan setiap tahun selaras dengan konsep negara berkebajikan yang telah dilaungkan oleh kerajaan selama ini. Cuma saya terkilan, keluarga kaya yang berpendapat tinggi seperti RM20 000 sebulan juga dimasukkan juga sebagai penerima wang ini. Patutkah mereka diberikan wang ini? Bagaimanakan nasib keluarga miskin?Cukupkah hanya RM100?

No comments:

Post a Comment