Wednesday, November 23, 2011

NAZMI FAIZ MANSOR






Harimau Muda telah berjaya membuktikan bahawa kita telah menjdi jaguh untuk negara-negara ASEAN dalam bola sepak, Syabas dab tahniah kepada pemain-pemain, jurulatih Ong Kim Swee, pegawai-pegawai dan FAM sendiri yang bertungkus lumus menyediakan sebuah pasukan mantap.

Dalam kita bergembira meraikan kejayaan kita mengekalkan pingat emas dalam bola sepak serta memalukan Garuda di laman sendiri, ada satu perkara yang perlu kita ambil perhatian setelah melihat persembahan pemain-pemain kita. Nazmi Faiz, pemain yang saya langsung tidak kenali telah betul-betul membuatkan peminat-peminat bola sepak terpegun dengan aksinya di padang.

Pemain berusia 17 tahun ini bermain seolah-olah telah lama bermain di pentas antarabangsa. Kawalan bola, passing yang tepat dan ketenangan dalam padang telah membezakan pemain ini dengan pemain-pemain Malaysia yang lain. Saya tidak pernah  melihat pemain muda yang begitu memukau dalam padang seperti yang ditunjukkan oleh Nazmi Faiz.

Saya berharap FAM akan membentuk pemain ini ke tahap yang lebih tinggi dan memberi pendedahan kepada pemain ini di peringkat antarabangsa. Pemain sebigini lah yang harus dihantar oleh FAM kepada kelab-kelab di Eropah atau kelab-kelab gergasi Asia kerana talent yang masih muda ini memungkinkan  menarik perhatian pencari bakat diluar sana. Semoga beliau akan menjadi bintang bukan hanya di Malaysia, malah kita mahukan dia menjadi bintang di Asia. Teruskan usaha...















Monday, November 14, 2011

KERJA 9 JAM


 Baru-baru ini KPM telah melaksanakan projek perintis (eksperimen) melibatkan guru-guru di negeri Johor, Melaka, Sarawak dan Pahang. Ramai guru yang tidak bersetuju dengan  perkara ini, dan berharap mereka tidak dijadikan bahan eksperimen. Perlukah guru diuji kaji begitu?

Beban kerja guru bukan lah berpunca daripada ketidakcukupan masa untuk bekerja. Apa yang selalu menjadi rungutan guru-guru, adalah mereka terpaksa melakukan kerja pentadbiran lebih banyak daripada menjadi menjadi pengajar di dalam kelas. Mereka ini tidak dapat FOKUS kepada P&P dan anak murid mereka kerana tumpuan mereka terpksa dibahagikan kepada tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas yang lain. Walaupun guru-guru ini balik pukul 5 pun, kalau kerja -kerja yang dilakukan itu bukanlah untuk P&P, bagi saya sia-sia sahaja.

Guru sebagai pengajar, bukanlah pembantu tadbir.cubalah KPM buat kajian yang realistik untuk menyelesaikan masalah ini. Kita selama ini tidak minta gaji yang lebih walaupun terpaksa melakukan kerja-kerja yang bukan kerja hakiki sebagai seorang guru dan kadang-kadang terpaksa kerja siang, malam, dalam panas terik matahari, hujan, buat kerja-kerja padang dan banyak lagi. Malah kami korbankan masa dan wang kami untuk anak murid kami...

Friday, November 11, 2011

Bantuan persekolahan RM100

Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.


Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.


Kita bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi oleh kebanyakan keluarga  bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2012. Umum telah mengetahui, betapa kenaikan harga barangan keperluan sekolah telah menyebabkan pendapatan benar isi rumah mengecil. Pemberian wang RM100 seorang dan pengecualian yuran (bayaran tambahan) memang tepat dan masanya dan membuatkan ramai orang mula tersenyum kepada kerajaan.


Saya berpendapat, inisiatif ini perlu diteruskan setiap tahun selaras dengan konsep negara berkebajikan yang telah dilaungkan oleh kerajaan selama ini. Cuma saya terkilan, keluarga kaya yang berpendapat tinggi seperti RM20 000 sebulan juga dimasukkan juga sebagai penerima wang ini. Patutkah mereka diberikan wang ini? Bagaimanakan nasib keluarga miskin?Cukupkah hanya RM100?