Monday, May 2, 2011

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS N SEMBILAN

Baru- baru pada 25 - 29 April  bertempat di Sekolah Sukan Negeri SMK Zaaba, Kuala Pilah telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan  peringkat MSS Negeri Sembilan. SMK Panchor mepunyai lima orang atlit iaitu yang terpilih bagi mewakili Daerah Seremban B iaitu:-
 i.  Adam faiz (100m, 110m lari berpagar, 4 x 100m, 200m)
ii.  Shafiz Izwan (Lompat Kijang)
iii. Amir Safwan ( 4 x 100m)
iv. Marina Rosli (4 x 100m)
v.  Nabilah Suib (Lompat Kijang, Lari Berpagar)
Saya berasa bangga dengan kecermelangan yang ditunjukkan oleh atlit-atlit dari SMK Panchor. Adam Faiz telah memenangi pingat emas dalam acara 100m dan akan mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Padang dan Balapan MSSM di Perak nanti. Manakala Marina Rosli dan Amir Safwan telah memenangi pingat emas dalam acara 4 x 100m...Syabas diucapkan kepada kelima-lima atlit ini. Lebih membanggakan lagi, inilah kali pertama atlit padang dan balapan SMK Panchor berjaya melangkah ke peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment