Sunday, April 24, 2011

LATIHAN DI TEMPAT TINGGI




Kompleks Sukan Ranau
(sumber:pemudaranau.blogspot.com)

Stadium Hernando Siles Suazo, (ketinggian stadium ini 3000 meter dari aras laut) Bolivia adalah lambang bahawa latihan di altitud tinggi membawa banyak faedah. Ini terbukti apabila mereka (Bolivia) berjaya mengalahkan pasukan gergasi seperti Argentina (6-1) dan Brazil (2-1) di sini. Ini menyebabkan beberapa pasukan seperti Jepun, Korea dan England merancang pelbagai strategi membiasakan diri dengan tekanan udara di kawasan altitud tinggi sempena pertandingan Piala Dunia Bola Sepak 2010. Begitu juga dengan pelumba basikal negara seperti Josiah Ng dan Azizul Hasni Awang pelumba basikal negara pun sudah melakukannya di atas arahan jurulatih John Beasley dan sudah nampak hasilnya.

Secara umumnya apa yang dikatakan latihan altitud tinggi adalah berlatih dalam situasi tekanan tinggi dan udara nipis yang boleh menyebabkan sesak nafas, demam, sakit kepala dan kejang otot. Contoh kompleks sukan yang terbaik adalah di Ranau, Sabah yang terletak pada ketinggian 750 meter dari aras laut. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah menyelaraskan latihan di sini sebagai persiapan di Sukan Sea di Palembang, namun agak mengecewakan apabila menerima respon negatif dari jurulatih dan atlit serta beberapa pihak berkaitan sukan yang mengacau lagi latihan ini.
Alasan tiada bekalan elektrik, air dan peralatan serta penginapan oleh mereka bukanlah perkara utama, kerana mereka harus mengutamakan latihan di kawasan altitud tinggi. Aku tidak rasa bekalan air dan elektrik diperlukan semasa berlatih, cuma peralatan sukan mungkin menjadi kekangan namun ia masih boleh diatasi dengan meminjam dahulu dari pihak-pihak yang berkenaan. Berkenaan dengan asrama yang tidak disediakan, macamlah tiada hotel di Ranau untuk menginap!. Macamlah mereka akan tinggal sepanjang hari di kawasan kompleks sukan tersebut, sudah tentu mereka akan pergi ke pekan Ranau untuk bersantai. Mungkin kalau mereka dihantar ke Amerika Syarikat ataupun Beijing baru mereka mahu tanpa banyak soal, maklumlah luar negaralah katakan!.

No comments:

Post a Comment