Ini lah persoalannya yang timbul apabila kita melihat liga bola sepak kita masih belum menunjukkan kualiti yang setaraf dengan negara-negara Asia lain. Walaupun negara kita telah memenangi Piala AFF Suzuki baru-baru ini, namun kualiti yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kita belum dapat pergi jauh dalam pentas yang lebih mencabar.
Pendapat saya, FAM harus membuka balik kemasukan pemain import dalam Liga M supaya kualiti permainan setiap pasukan di Malaysia akan meningkat. Saya percaya bahawa kita menyedari tahap pemain-pemain kita tidak banyak berubah dan mungkin tidak dapat ditingkatkan dengan optimum. Ini kerana pemain-pemain ini kekurangan perlawanan-perlawanan yang kompetitif dan berkualiti. Bayangkan kalau kita mempunyai striker yang diimport dan mempunyai skil yang lebih baik daripada pemain tempatan. Ia sangat kompetitif untuk pemain pertahanan kita dalam mengahadapi pemain yang lebih berkualiti. Ini lah yang berlaku dalam liga-liga di luar negara yang memberi laluan supaya pemain import dapat bermain dalam liga negara mereka supaya dapat mematangkan pemain-pemain tempatan. Hari ini kita seolah-seolah bermain di dalam kandang sendiri dan hanya syok sendiri mengatakan level pemain kita hebat...bahkan ia hanya hebat di kampungnya sendiri.
Pihak FAM boleh mengawal kuota pemain import supaya bakat-bakat tempatan tidak terpinggir. Misalnya, FAM boleh mengenakan syarat setiap pasukan harus ada seorang sahaja pemain import untuk posisi serangan supaya kita dapat melahirkan penyerang yang hebat dengan bantuan pemain import ni. Jikalau cadangan membawa masuk pemain import ini diterima , saya percaya tahap pemain-pemain kita dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment