
Saya ingin komen petikan surat yang direncanakan oleh 'GURU HITAM PUTIH KEHIDUPAN' dari Tapah ini. Ramai yang gembira diatas pengumuman yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri mengenai insentif yang akan diterima pada tahun depan, terutamanya bagi semua barisan Penolong Kanan yang berada di sekolah menengah.
Memang wajar mereka ini diberi insentif tersebut kerana bebanan dan cabaran tugas mereka disekolah amatlah mencabar dibandingkan menjadi pegawai di JPN dan PPD. Bertugas di sekolah bukanlah tugas yang mudah pada masa kini. Semakin hari, sekolah akan ditokok tambah dengan beberapa dasar,program dan sistem yang baru yang dirangka oleh orang-orang diatas, manakala pelaksanaannya adalah insan yang bergelar guru. Bukan senang untuk menjadi pelaksana berbanding menjadi seorang pembuat dasar yang kadangkala ia tidak relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara
Saya cukup meluat apabila ada pegawai PPD dan JPN yang telah menggunakan lagak kuasanya untuk turun balik ke sekolah dan menjadi Penolong Kanan supaya mereka akan dapat kenaikan ke DG48. Disebabkan mereka ini berada di JPN dan PPD, maka mudahlah bagi mereka menyusun 'kroni-kroni' mereka ke sekolah dan selepas itu menaikkan kembali ke JPN dan PPD. Itulah keistimewaan orang-orang yang berada di PPD dan JPN....inilah dinamakan budaya lagak kuasa.
Ramai guru yang cemerlang, cekap dan amanah dalam menjalankan tugas mereka di sekolah patut dinaikkan ke JPN atau PPD menggantikan orang-orang disana yang selalunya diragui kecekapan dan keberkesanannya dalam menjalankan tugas...
No comments:
Post a Comment