
Saya dapat melihat selepas sahaja kita memenangi Piala AFF Suzuki, pemain-pemain kita seperti hilang taring sehingga menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan terutamanya semasa kita menentang Taiwan dan Singapura.
Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkan jurulatih dan pemain kita seratus peratus. mereka telah cuba dengan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan permainan yang baik. Semenjak K.Rajagopal dilantik menjadi jurulatih Malaysia, saya lihat ada perubahan kepada pemain=pemain kita. Mereka boleh mempamerkan aksi yang mantap jika mereka ini mempunyai level confidence yg tinggi dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
Apa yang dilihat semasa kta menentang Australia, beberapa kelemahan yang begitu ketara yang harus diambil perhatian oleh semua pihak. Pemain-pemain kita selama ini sebenarnya bermain syok sendiri dalam perlawanan liga tempatan. Pemain-pemain kita tidak didedahkan dengan pelawanan yang bermutu tinggi. Tidak ada team dalam liga kita yang dapat bermain dalam saingan liga Asia. Mereka tidak biasa menentang pemain-pemain yg levelnya tinggi. Mereka juga tidak biasa menentang pasukan yang mempunyai strategi dan taktikal yang tinggi dalam permainan. Adakah kita hanya jaguh di kampung sahaja. Apakah silapnya????
FAM harus merangka strategi terbaik untuk liga kita. bukannya kita sesekali hantar pasukan negara untuk lawan persahabatan negara-negara luar. Bagi saya itu tidak akan dapat membantu melahirkan pemain=pemain yang berkualiti, pemain=pemain yang dapat mengawal bola dengan baik, dapat membaca taktikal dan set piece lawan, dapat menyaingi kepantasan pemain luar.
PERANAN FAM
Sebelum kita melahirkan pasukan negara yang mantap, kita harus mempunyai beberapa pasukan negeri dan kelab yang mantap dan boleh bersaing sehingga peringkat Asia. Saya agak kecewa, pada satu ketika dahulu pasukan Selangor tidak mahu menyertai liga Asia, walhal kita diberi peluang bersaing dengan pasukan kelab Asia yang bertaraf dunia. Adakah kita hendak beraksi di kampung halaman kita sendiri sahaja.
Mungkin kita ketandusan sumber kewangan untuk beraksi di saingan lebih tinggi. FAM harus memainkan peranan dalam membantu pasukan yang layak beraksi di Liga Asia supaya kita akan mempunyai pemain-pemain yang terdedah dengan permainan luar. Bantuan kewangan harus diberi dan penyusunan jadual yang lebih fleksibel pelu diberi keutamaan kepada pasukan ini. Kita juga perlukan syarikat-syarikat korporat untuk menaja pasukan ini..Cuba lah fikirkan cadangan ini..
Pemain import dan jurulatih import juga dapat meningkatkan level sesebuah pasukan. Ia akan membuatkan kita bersaing dan berhadapan dengan pemain-pemain yang lebih berkualiti. Pandangan saya, inilah formula yang terbaik yang boleh digunakan oleh FAM untuk menjadikan kita setanding dengan negara-negara Asia lain. Kita perlu membentuk pasukan-pasukan negeri dan kelab kita sehebat kelab-kelab negara Asia lain..fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment