Saturday, October 29, 2011



Tahniah kepada pasukan N.Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia selepas layak ke final tiga tahun berturut-turut. Tidak syak lagi N.Sembilan adalah sebuah pasukan yang hebat bagi tahun kebelakangi ini..
Tahniah kepada pemain-pemain, barisan jurulatih diketuai Azrai Khor, pengurusan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar diatas sokongan dan dorongan beliau. Tidak dapat dinafikan semenjak YAB Dato' Sei Utama Mohamad Hassan memegang tampuk teringgi pemerintahan N.Sembilan, banyak kejayaan yang dikecapi oleh pasukan bola sepak kita. Hari Isnin cuti tak?

Wednesday, October 26, 2011

AYAT HARI INI

jika memandang org kaya menyebabkan kau merasa hidup terlalu susah.. maka pandang lah org miskin agar rasa hidup kau lbh senang... bersyukur la.

LAGAK PEGAWAI PPD DAN JPN





Saya ingin komen petikan surat yang direncanakan oleh 'GURU HITAM PUTIH KEHIDUPAN' dari Tapah ini. Ramai yang gembira diatas pengumuman yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri mengenai insentif yang akan diterima pada tahun depan, terutamanya bagi semua barisan Penolong Kanan yang berada di sekolah menengah.
      Memang wajar mereka ini diberi insentif tersebut kerana bebanan dan cabaran tugas mereka disekolah amatlah mencabar dibandingkan menjadi pegawai di JPN dan PPD. Bertugas di sekolah bukanlah tugas yang mudah pada masa kini. Semakin hari, sekolah akan ditokok tambah dengan beberapa dasar,program dan sistem yang baru yang dirangka oleh orang-orang diatas, manakala pelaksanaannya adalah insan yang bergelar guru. Bukan senang untuk menjadi pelaksana berbanding menjadi seorang pembuat dasar yang kadangkala ia tidak relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara
     Saya cukup meluat apabila ada pegawai PPD dan JPN yang telah menggunakan lagak kuasanya untuk turun balik ke sekolah dan menjadi Penolong Kanan supaya mereka akan dapat kenaikan ke DG48. Disebabkan mereka ini berada di JPN dan PPD, maka mudahlah bagi mereka menyusun 'kroni-kroni' mereka ke sekolah dan selepas itu menaikkan kembali ke JPN dan PPD. Itulah keistimewaan orang-orang yang berada di PPD dan JPN....inilah dinamakan budaya lagak kuasa.
      Ramai guru yang cemerlang, cekap dan amanah dalam menjalankan tugas mereka di sekolah patut dinaikkan ke JPN atau PPD menggantikan orang-orang disana yang selalunya diragui kecekapan dan keberkesanannya dalam menjalankan tugas...

Saturday, October 22, 2011

HIMPUN- Anti-Murtad

Perhimpunan Anti-Murtad telah berlangsung di Stadium Shah Alam dan dianggarkan seramai 5000 orang telah menyertai perhimpunan yang terdiri daripada berbagai NGO. Isu murtan telah menjadi satu isu yang amat sensitif kepada umat Islam terutamanya yang betul-betul sayangkan saudara seagamanya. Apakah punca masalah ini berlaku di Malaysia? Adakah dengan berhimpun sahaja akan dapat menyelasaikan maslah ini? Inilah rakyat yang boleh buat. Hanya dapat berhimupun untuk menyatakan kita bersatu menentang gerakan anti-murtad..Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam mengatsi maslah ini?
 Sebagai pemerintah negara Islam , adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga hal yang berkaitan dengan akidah orang Islam. Kerajaan harus serius untuk menangani masalah ini supayan syiar Islam di Malaysia tidak menurun.. Umat Islam di Malaysia sudah tentu akan menyokong tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

N.SEMBILAN BERJAYA LAGI




Tahniah kepada semua pemain-pemain dan jurulatih pasukan bola sepak N.Sembilan kerana telah layak ke final Piala Malaysia untuk kali ketiga untuk tiga tahun berturut-berturut. Kita doakan N.Sembilan akan berjaya menjuarai Piala Malaysia tahun ini. Kebangkitan pasukan ini sejak tahun kebelakangi ini adalah titik tolak usaha daripada YAB Menteri Besar yang banyak memberi dorongan kepada pasukan N. sembilan. Syabas!

Saturday, October 8, 2011

HARIMAU MALAYA DI BELASAH OLEH AUSTRALIA

Apa sudah jadi dengan Harimau Malaya. Kita akui kekalahan 5 - 0 kepada Australia mendedahkan kepada semua betapa kita masih ketinggalan dan menampakkan jurang yang besar dengan negara gergasi Asia



Saya dapat melihat selepas sahaja kita memenangi Piala AFF Suzuki, pemain-pemain kita seperti hilang taring sehingga menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan terutamanya semasa kita menentang Taiwan dan Singapura.
 Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkan jurulatih dan pemain kita seratus peratus. mereka telah cuba dengan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan permainan yang baik. Semenjak K.Rajagopal dilantik menjadi jurulatih Malaysia, saya lihat  ada perubahan kepada pemain=pemain kita. Mereka boleh mempamerkan aksi yang mantap jika mereka ini  mempunyai level confidence yg tinggi dan mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
Apa yang dilihat semasa kta menentang Australia, beberapa kelemahan yang begitu ketara yang harus diambil perhatian oleh semua pihak. Pemain-pemain kita selama ini sebenarnya bermain syok sendiri dalam perlawanan liga tempatan. Pemain-pemain kita tidak didedahkan dengan pelawanan yang bermutu tinggi. Tidak ada team dalam liga kita yang dapat bermain dalam saingan liga Asia. Mereka tidak biasa menentang pemain-pemain yg levelnya tinggi. Mereka juga tidak biasa menentang pasukan yang mempunyai strategi dan taktikal yang tinggi dalam permainan. Adakah kita hanya jaguh di kampung sahaja. Apakah silapnya????
FAM harus merangka strategi terbaik untuk liga kita. bukannya kita sesekali hantar pasukan negara untuk lawan persahabatan negara-negara luar. Bagi saya itu tidak akan dapat membantu melahirkan pemain=pemain yang berkualiti, pemain=pemain yang dapat mengawal bola dengan baik, dapat membaca taktikal dan set piece lawan, dapat menyaingi kepantasan pemain luar.

PERANAN FAM

Sebelum kita melahirkan pasukan negara yang mantap, kita harus mempunyai beberapa pasukan negeri dan kelab yang mantap dan boleh bersaing  sehingga peringkat Asia. Saya agak kecewa, pada satu ketika dahulu pasukan Selangor tidak mahu menyertai liga Asia, walhal kita diberi peluang bersaing dengan pasukan kelab Asia yang bertaraf dunia. Adakah kita hendak beraksi di kampung halaman kita sendiri sahaja.
Mungkin kita ketandusan sumber kewangan untuk beraksi di saingan lebih tinggi. FAM harus memainkan peranan dalam membantu pasukan yang layak beraksi di Liga Asia supaya kita akan mempunyai pemain-pemain yang terdedah dengan permainan luar. Bantuan kewangan harus diberi dan penyusunan jadual yang lebih fleksibel pelu diberi keutamaan kepada pasukan ini. Kita juga perlukan syarikat-syarikat korporat untuk menaja pasukan ini..Cuba lah fikirkan cadangan ini..
 Pemain import dan jurulatih import juga dapat meningkatkan level sesebuah pasukan. Ia akan membuatkan kita bersaing dan berhadapan dengan pemain-pemain yang lebih berkualiti. Pandangan saya, inilah formula yang terbaik yang boleh digunakan oleh FAM untuk menjadikan kita setanding dengan negara-negara Asia lain. Kita perlu membentuk pasukan-pasukan negeri dan kelab kita sehebat kelab-kelab negara Asia lain..fikirkanlah.