PERLAWANAN persahabatan antara Malaysia dan kelab gergasi Inggeris, Chelsea harus dilihat sebagai kayu ukur kemampuan sebenar skuad kebangsaan selepas kejayaan menjuarai dua kejohanan besar di Asia Tenggara.
Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal sendiri akan cuba sedaya upaya mengumpul skuad terbaik untuk perlawanan berkenaan bagi menilai sejauh mana kemampuan pemain negara berdepan pasukan handalan seperti Chelsea.
“Peluang ini saya akan gunakan untuk melihat sejauh mana permainan kita berusaha memberi saingan terbaik kepada lawan,” kata Rajagobal kepada wartawan selepas majlis pelancaran tiket perlawanan Malaysia-Chelsea di ibu kota semalam
Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 21 Julai jam 8.45 malam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam berkata, dia menjangkakan lebih ramai penonton tahun ini kerana mutu permainan pasukan kebangsaan yang semakin meningkat. Syarikat berkenaan bertanggungjawab mempromosi perlawanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dan beberapa perlawanan besar lain sebelum ini.
Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket terhad VIP, RM388 akan mula dijual esok sehingga 29 Jun di cawangan Adidas terpilih seluruh ibu negara. Peminat boleh mendapatkan tiket di cawangan Ticketpro, atau hubungi talian 03-7880799 dan menerusi laman web www.ticketpro.com.my.
Thursday, May 19, 2011
Tuesday, May 17, 2011
LATIHAN LITAR
Latihan litar merupakan satu daripada sistem latihan yang paling “versatile” bagi kesesuaian fizikal. Latihan ini diperkenalkan pada tahun 1953 oleh Morgan dan Adamson di Universiti of Leeds, England.
Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.
Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan.
Objektif :
a. Untuk meningkatkan daya tahan otot.
b. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular
c. Untuk meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik
d. Untuk meningkatkan kederasan mobiliti dan kuasa.

Sistem Tenaga :
1. ATP – PC(lebihan dominan)
2. Asid Laktik – Oksigen
2. Asid Laktik – Oksigen
Prinsip-prinsip latihan Litar :
Prinsip-prinsip latihan litar adalah berdasarkan peningkatan beban kerja(overload principle). Ini dapat dilakukan melalui :
a. Kawalan untensiti latihan
b. Meningkatkan secara beransur-ansur jumlah ulangan
c. Menambahkan bilangan set
d. Meningkatkan jangka masa aktiviti.

Kekerapan latihan :
1. 2 kali seminggu untuk 4 minggu awal
2. 1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir
2. 1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir
Kaedah / Pengelolaan latihan :
a. Setiap aktiviti hendaklah didemonstrasikan terlebih dahulu
b. Perlaku perlu memanaskan badan terlebih dahulu
c. Setiap individu mesti melakukan aktiviti semua stesen yang ditetapkan
d. Setiap aktiviti dilakukan selama 30 saat
e. Masa rehat diberikan selama 30 saat di mana pelaku dikehendaki bertukar stesen yang berikut
f. Pelaku dikehendaki melakukan 2 set di mana tedapat masa rehat selama 3 minit atau kadar denyutan jantung kurang daripada 120 denyutan seminit.

Rasional Pemilihan latihan ini
a. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular
b. Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu
c. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke semasa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah :
· Masa pencapaian
· Denyutan nadi sejurus selepas setiap litar
· Masa pemulihan selepas setiap litar
· Intensity/beban karja yang dilakukan

Akttiviti-aktiviti latihan litar yang disyorkan
1. tekan tubi
2. lari ulang alik sejauh 10 meter
3. bangun tubi
4. lompat bintang
5. kilas pinggang
6. skipping
2. lari ulang alik sejauh 10 meter
3. bangun tubi
4. lompat bintang
5. kilas pinggang
6. skipping
Thursday, May 12, 2011
PERLUKAH PEMAIN IMPORT DALAM LIGA M
Ini lah persoalannya yang timbul apabila kita melihat liga bola sepak kita masih belum menunjukkan kualiti yang setaraf dengan negara-negara Asia lain. Walaupun negara kita telah memenangi Piala AFF Suzuki baru-baru ini, namun kualiti yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kita belum dapat pergi jauh dalam pentas yang lebih mencabar.
Pendapat saya, FAM harus membuka balik kemasukan pemain import dalam Liga M supaya kualiti permainan setiap pasukan di Malaysia akan meningkat. Saya percaya bahawa kita menyedari tahap pemain-pemain kita tidak banyak berubah dan mungkin tidak dapat ditingkatkan dengan optimum. Ini kerana pemain-pemain ini kekurangan perlawanan-perlawanan yang kompetitif dan berkualiti. Bayangkan kalau kita mempunyai striker yang diimport dan mempunyai skil yang lebih baik daripada pemain tempatan. Ia sangat kompetitif untuk pemain pertahanan kita dalam mengahadapi pemain yang lebih berkualiti. Ini lah yang berlaku dalam liga-liga di luar negara yang memberi laluan supaya pemain import dapat bermain dalam liga negara mereka supaya dapat mematangkan pemain-pemain tempatan. Hari ini kita seolah-seolah bermain di dalam kandang sendiri dan hanya syok sendiri mengatakan level pemain kita hebat...bahkan ia hanya hebat di kampungnya sendiri.
Pihak FAM boleh mengawal kuota pemain import supaya bakat-bakat tempatan tidak terpinggir. Misalnya, FAM boleh mengenakan syarat setiap pasukan harus ada seorang sahaja pemain import untuk posisi serangan supaya kita dapat melahirkan penyerang yang hebat dengan bantuan pemain import ni. Jikalau cadangan membawa masuk pemain import ini diterima , saya percaya tahap pemain-pemain kita dapat ditingkatkan.

Sunday, May 8, 2011
CARA PEMAKANAN ATLET
Pepatah “eat to win” diutamakan supaya apa yang kita makan mudah dicerna dan sesuai kehendak tubuh badan individu. Puasa sebelum pertandingan tidak diperbolehkan karana secara fisiologis tidak masuk akal oleh karana makanan adalah untuk menggantikan glikogen kecuali di bulan ramadhan. Pemberian makanan diatur sedemikian rupa sehingga sebelum pertandingan kerana membolehkan proses pencernaan makanan berjalan lancar. Hal ini penting oleh karana pada saat pertandingan aliran darah akan menuju ke otot untuk menyalurkan zat gizi dan oksigen yang dinyahkan pada saat otot berjalan. Atlet sebaiknya memerlukan makanan lengkap yang terakhir kira-kira 3 – 4 jam sebelum bertanding. Senggang waktu ini tidak boleh sampai menimbulkan penurunan kadar gula darah atau menimbulkan rasa lapar sawaktu pertandingan. Namun waktu makan yang terakhir ini juga harus disesuaikan dengan kebiasaan makanan atlet. Makanan tidak boleh merangsang atau menyebabkan masalah yang tidak baik pada saluran pencernaan.
Makanan harus lebih banyak mengandung karbohidrat kompleks, rendah lemak dan protein, cukup vitamin dan mineral serta cukup air. Hindari makanan yang banyak mengandung lemak dan protein karana makanan tersebut lebih lama dicerna sehingga kedua zat ini, lemak dan protein. Ia juga tidak memberi kandungan sebagai cadangan glikogen otot dan hati yang dinyahkan disaat pertandingan. Kurang lebih satu jam menjelang pertandingan, atlet harus menghindari minuman yang banyak mengandung gula yang manis. Pemberian satu gelas 200 cc air putih yang ditambah satu sendok teh [5 gr] gula diperbolehkan oleh karana konsentrasi minuman tersebut tidak melebihi 2,5%.pemberian minuman manis yang melebihi konsentrasi gula 2,5% dapat menimbulkan peningkatan gula darah yang akan merangsang produksi hormon insulin. Peningakatan hormon insulin ini dpat menyebabkan terjadinya hipoglikemi “reactive hypoglycemia”. Keadaan ini dapat terjadi pada saat atlet sedang bertanding dengan gejala-gejala pusing, mual dan muntah.
Minum air sebanyak 150 – 250 cc, pada waktu 30 – 60 minit sebelum pertandingan dan saat istirahat diantara pertandingan sangat dianjurkan.
Minuman yang mengandung kalori, vitamin, mineral dan elektrolit yang terlarut didalamnya bermanfaat untuk menghindari terjadinya dehidrasi serta dapat mengganti zat gizi yang terpakai. Pemberian cairan selama pertandingan sangat penting untuk mempertahankan status dehidrasi atau menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit. Atlet setiap kali harus mengambil kesempatan minum minuman yang telah tersedia. Kesempatan minum jangan menunggu sampai terjadi rasa haus oleh karena pada waktu terasa haus ini sudah menunjukkan adanya dehidrasi awal. Rasa haus bukan indikator yang efektif untuk menilai kebutuhan air atlet selama latihan dan pertandingan. Atlet harus ditekankan tentang kepentingan meminum air dalam setiap kesempatan. Minum sebaiknya dilakukan secara teratur setiap 10 – 15 minit sebanyak 150 – 250 cc air dingin 10o C. Pada olahraga endurance sangat penting difokuskan adalah mengganti tenaga yang terbuang jika pertandingan olahraga endurance dilaksanakan pada cuaca sangat panas. Pada olahraga endurance yang sangat lama lebih dari 2 jam pemberian cairan harus mengandung karbohidrat dan elektrolit. Hal ini dimaksudkan untuk mencegah terjadinya hipoglikemia dan hiponatremia.
Pemberian karbohidrat pada saat bertanding dengan cara suplemen makanan bertujuan untuk mencegah terjadinya hipoglikemi, mencegah kelelahan dan untuk mempertahankan daya kerja otot. Pemberian suplemen makanan karbohidrat berupa cairan ataupun padat tergantung kesukaan atlet dan jenis olahraganya. Makanan padat yang tinggi karbohidrat kompleks dan rendah serat, misalnya buah pisang dapat diberikan pada atlet. Segera setelah bertanding, pemberian makanan dan minuman ditujukan terutama untuk memulihkan cadangan glikogen serta mengganti cairan, vitamin, mineral dan elektrolit yang terpakai selama pertandingan. Pemberian makanan setelah pertandingan harus memperhatikan keadaan atlet. Sering terjadi bahwa nafsu makan dari sebagian besar atlet berkurang. Untuk itu segera setelah pertandingan, atlet harus minum air dingin [suhu 10o C] sebanyak 1 – 2 gelas. Kemudian atlet dianjurkan untuk minum berupa cairan yang mengandung karbohidrat, vitamin, mineral dan elektrolit secara berterusan dengan intrerval waktu tertentu sampai terjadi hidrasi. Pada keadaan ini dapat diberikan minuman berupa jus buah-buahan dan sayuran. Setelah keletihan dari atlet tersebut berkurang, kira-kira 4 jam setelah pertandingan, dapat diberikan secara beransur-ansur makanan lengkap biasa seperti sebelum pertandingan dilaksanakan.
Pola hidangan yang dapat disediakan untuki atlet sesaat menjelang pertandingan adalah sebagai berikut:
a. 3 – 4 jam sebelum bertanding, makanan lengkap biasa, misalnya nasi dengan lauk-pauk.
b. 2 – 3 jam sebelum bertanding sebaiknya dalam bentuk makanan kecil, misalnya roti [kurang dari 500 kalori].
c. 1 – 2 jam sebelum bertanding, makanan cair berupa jus buah diberikan kepada atlet.
d. 30 – 60 minit sebelum bertanding, atlet hanya boleh diberi minuman cair saja.

Monday, May 2, 2011
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS N SEMBILAN
Baru- baru pada 25 - 29 April bertempat di Sekolah Sukan Negeri SMK Zaaba, Kuala Pilah telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan peringkat MSS Negeri Sembilan. SMK Panchor mepunyai lima orang atlit iaitu yang terpilih bagi mewakili Daerah Seremban B iaitu:-
i. Adam faiz (100m, 110m lari berpagar, 4 x 100m, 200m)
ii. Shafiz Izwan (Lompat Kijang)
iii. Amir Safwan ( 4 x 100m)
iv. Marina Rosli (4 x 100m)
v. Nabilah Suib (Lompat Kijang, Lari Berpagar)
Saya berasa bangga dengan kecermelangan yang ditunjukkan oleh atlit-atlit dari SMK Panchor. Adam Faiz telah memenangi pingat emas dalam acara 100m dan akan mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Padang dan Balapan MSSM di Perak nanti. Manakala Marina Rosli dan Amir Safwan telah memenangi pingat emas dalam acara 4 x 100m...Syabas diucapkan kepada kelima-lima atlit ini. Lebih membanggakan lagi, inilah kali pertama atlit padang dan balapan SMK Panchor berjaya melangkah ke peringkat kebangsaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)