Sunday, April 24, 2011

LATIHAN DI TEMPAT TINGGI




Kompleks Sukan Ranau
(sumber:pemudaranau.blogspot.com)

Stadium Hernando Siles Suazo, (ketinggian stadium ini 3000 meter dari aras laut) Bolivia adalah lambang bahawa latihan di altitud tinggi membawa banyak faedah. Ini terbukti apabila mereka (Bolivia) berjaya mengalahkan pasukan gergasi seperti Argentina (6-1) dan Brazil (2-1) di sini. Ini menyebabkan beberapa pasukan seperti Jepun, Korea dan England merancang pelbagai strategi membiasakan diri dengan tekanan udara di kawasan altitud tinggi sempena pertandingan Piala Dunia Bola Sepak 2010. Begitu juga dengan pelumba basikal negara seperti Josiah Ng dan Azizul Hasni Awang pelumba basikal negara pun sudah melakukannya di atas arahan jurulatih John Beasley dan sudah nampak hasilnya.

Secara umumnya apa yang dikatakan latihan altitud tinggi adalah berlatih dalam situasi tekanan tinggi dan udara nipis yang boleh menyebabkan sesak nafas, demam, sakit kepala dan kejang otot. Contoh kompleks sukan yang terbaik adalah di Ranau, Sabah yang terletak pada ketinggian 750 meter dari aras laut. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah menyelaraskan latihan di sini sebagai persiapan di Sukan Sea di Palembang, namun agak mengecewakan apabila menerima respon negatif dari jurulatih dan atlit serta beberapa pihak berkaitan sukan yang mengacau lagi latihan ini.
Alasan tiada bekalan elektrik, air dan peralatan serta penginapan oleh mereka bukanlah perkara utama, kerana mereka harus mengutamakan latihan di kawasan altitud tinggi. Aku tidak rasa bekalan air dan elektrik diperlukan semasa berlatih, cuma peralatan sukan mungkin menjadi kekangan namun ia masih boleh diatasi dengan meminjam dahulu dari pihak-pihak yang berkenaan. Berkenaan dengan asrama yang tidak disediakan, macamlah tiada hotel di Ranau untuk menginap!. Macamlah mereka akan tinggal sepanjang hari di kawasan kompleks sukan tersebut, sudah tentu mereka akan pergi ke pekan Ranau untuk bersantai. Mungkin kalau mereka dihantar ke Amerika Syarikat ataupun Beijing baru mereka mahu tanpa banyak soal, maklumlah luar negaralah katakan!.

Friday, April 22, 2011

PEMAIN BOLA JARING DERAH SEREMBAN 2 2011




SENARAI NAMA PEMAIN BOLA JARING  DAERAH SEREMBAN 2
PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN, 2011




BIL
NAMA
SEKOLAH
1
NUR FILZAH BT YASAK
SM TEKNIK TUANKU JAAAR
2
NURUL SHUHAILA BT ISMAIL
SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
3
WAN MIRA NATASYA WAN MOHD ARIFFIN
SMK KGV
4
NURUL ASHIQIN MOHD HATTA
SMK KGV
5
NURUL NAZHAFIFI BT NAZRI
SMAP LABU
6
HASNUR NAQIYAH BT HISYAM
SMAP LABU
7
SUFAIRAH BT MOHD RAFIK
SMK SERI PAGI
8
NOOR NATALIA BT NORSIN
SMK SERI AMPANGAN
9
NUR AKIELA FATHONAH BT MOH SALLEH
SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
10
AINUL YAQIN BT SHAMSUDDIN
SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
11
KU NUR AFRINA BT KU AZMAN SHAH
SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
12
NUR ANNIERA BT ZAHARI
SM TEKNIK TUANKU JAAFAR



SENARAI NAMA PEMAIN BOLA JARING  DAERAH SEREMBAN 2
PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN, 2011


BIL
NAMA
SEKOLAH
1
INTAN NAJUWA MOHD FADIL
SMK PUTERI
2
IFFAH SOLEHAH BINTI RADZUAN
SMK PUTERI
3
WAN ARANIESHA AZUREEN BT WAN MUHAMMAD RIDZUAN
SMK PUTERI
4
ALIYAH BT SHAHRYLL NIZAM
SMK PUTERI
5
NABILAH BT ROSLI
SMK PANCHOR
6
AINA MUNIFAH BT ROSMAN
SMK PANCHOR
7
RAVINDER KAUR A/P HARVINDER SINGH
SMK PANCHOR
8
NUR AZWA AFIFAH BT AZMAN
SMK PANCHOR
9
HAINI MUSLINA BT ABD RAHMAN
SMK SERI AMPANGAN
10
FAZIRA BT MOHD NOOR
SMK SERI AMPANGAN
11
FATIN AL NAJWA BT SAHAR
SMK SERI AMPANGAN
12
ZAFARISHA BT ZAINUDDIN
SMK SERI AMPANGAN




Monday, April 18, 2011

LATIHAN FARTLEK

latihan fartlek
latihan fartlek berasal dari negara sweden. latihan ini adalah satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging dan berlari dalam kelajuan sederhana.

latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza.

tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan kebosanan.

cara melaksanakan latihan fartlek

1. pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.

2. pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.

3. mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.

4. lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.

5. aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Thursday, April 14, 2011

CABARAN UNTUK ZAQUAN



Kita doakan Zaquan cepat sembuh dan dapat bermain dengan prestasi terbaiknya selepas sembuh. Banyak pemain-pemain terkenal dunia seperti Ronaldo(Brazil) dan Michel Owen (England) tidak dapat menunjukkan prestasi terbaiknya selepas mengalami kecederaan sebegini. Kita harapkan Zaquan tidak sebegitu...

Tuesday, April 12, 2011

KEKALAHAN NEGERI SEMBILAN



Amat mengecewakan N. Sembilan tumpas 2 - 0 kepada Kedah malam tadi..melihat persembahan hambar di Stadium Paroi nyata tidak berbaloi membayar tiket. Barisan hadapan N. Sembilan masih tidak menyegat...Fakri amat mengecewakan.Beliau tidak menunjukkan standardnya sebagai pemain kebangsaan...seperti budak yang baru belajar...loss ball,malas kejar bola, tidak bijak mencari ruang dan movement yang sangat teruk. Kita banyak menguasai permainan berbanding Kedah, tetapi malanngya kita tumpul penyudahnya.Coach Azrai perlu mencari formula baru untuk meningkatkan mutu permainan N. Sembilan  terutamanya di bahagian serangan.Saya yakin dengan keupayaan Coach Azrai untuk mengubahnya..Hobin Jang Hobin!!

Sunday, April 10, 2011

KEKUATAN MENTAL UNTUK BERTANDING

Dewasa ini, kekuatan mental merupakan aspek paling penting kepada seseorang atlet dalam menghadapi segala kejohanan. Dengan adanya mental yang kuat dan sentiasa positif membolehkan seseorang ahli sukan itu untuk melalui kejohanan dengan penuh keyakinan.
Pembentukan mental yang kuat lagi positif bergantung kepada mindset seseorang. Jika seseorang atlet itu merasakan dirinya mampu mengatasi lawan, maka tidak ada apa yang mampu menghalangnya. Begitu juga sebaliknya jika seseorang atlet mengatakan mereka tidak mampu mengatasi lawan, maka keputusan negatif sebaliknya yang berlaku.
Siapa yang menyangka juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester United boleh diaibkan dengan begitu teruk sekali di kandang sendiri oleh seteru utamanya, Liverpool hujung minggu lalu. Sejak sekian lama, pasukan Liverpool bertandang ke Old Trafford sekadar untuk bertahan atau mencari sekurang-kurangnya keputusan seri.
Tetapi pada pertemuan baru-baru ini, pasukan bimbingan jurulatih mereka, Daglish berkunjung ke Manchester dengan mentaliti yang amat positif dan strategi yang barangkali membuatkan Manchester United tersentak. Siapa yang boleh lupa bagaimana mantan pemain tenis nombor satu dunia, Roger Federer satu ketika dahulu begitu gah dan sukar untuk ditewaskan oleh lawan khususnya pesaing utamanya, Rafael Nadal.
Tetapi sejak kebelakangan ini, badi kekalahan Federer kepada Nadal semakin menjadi-jadi. Kekalahan demi kekalahan yang dialami Federer di tangan Nadal menjadikan pemain kidal dari Sepanyol, bogeyman yang harus dielakkan.
Perkara yang sama boleh kita katakan terhadap rekod buruk pemain badminton nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei ketika menentang lawannya, Lin Dan dari China. Justeru, ketika sedang menonton perlawanan akhir Kejohanan Terbuka All-England yang disiarkan secara langsung di TV1 dua minggu sudah, saya agak kecewa dengan kelibat dan aksi Chong Wei yang dilihat tidak begitu bermaya.
Beliau seolah-olah memberikan penghormatan yang keterlaluan kepada Lin Dan sehinggakan pemain kidal dari China berjaya membaca seterusnya mematikan setiap langkah yang diambilnya. Dari segi ketinggian, kedua-dua pemain boleh dikatakan sama tinggi, begitu juga dengan stamina mereka.
Masing-masing juga mempunyai kemahiran dan taktikal yang tersendiri. Tetapi apa yang membezakan antara Lin Dan dan Chong Wei ialah persiapan dan kekuatan mental Chong Wei.
Sehubungan itu, kejayaan Chong Wei pada Kejohanan Terbuka Switzerland kelmarin wajar dijadikan iktibar bahawa kelemahan dari segi kekuatan mental yang melanda atlet-atlet sukan negara boleh dielakkan jika mereka yakin kepada diri sendiri.
Kunci untuk merungkai prestasi yang tidak konsisten ialah keyakinan pada diri sendiri. Ya, kita tidak nafikan faktor-faktor lain seperti kecergasan stamina dan berat badan memainkan peranan tetapi pada akhirnya keyakinan yang wujud menjadi penentu kepada kalah atau menang seseorang pemain.
Adalah tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa sikap inferiority complex masih berleluasa dalam pemikiran segelintir atlet sukan negara. Acap kali bersaing dengan atlet-atlet dari negara Barat, kita seolah-olah gugup dihanyut ketidakyakinan.
Tetapi yang anehnya mengapa negara-negara kerdil dari benua Afrika seperti Kenya, Habsyah dan Qatar mampu melahirkan olahragawan dan atlet-atlet sukan yang mampu mengungguli Sukan Olimpik? Dan yang lebih mengagumkan, kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia berjaya dilakukan tanpa kehadiran prasarana-prasarana dan teknologi canggih.
Mengapakah pula Malaysia, sebuah negara yang mempunyai budaya sukan tinggi, dilengkapi dengan prasarana bertaraf dunia dan mempunyai keupayaan menggaji jurulatih ternama, masih kempunan melahirkan atlet sukan yang mempunyai kekuatan mental?
Adakah mutu latihan, kualiti prasarana yang dibina malah jurulatih yang diambil tidak mencapai standard yang dikehendaki ataupun masalah ini lebih bertitik-tolak kepada sikap negatif kita yang sering merendah-rendahkan keupayaan dirinya?
Pada pengamatan saya, semua atlet sukan mempunyai keistimewaannya tersendiri dan masing-masing mempunyai potensi untuk berkembang. Semua juga sama hebat tetapi apa yang membezakan antara yang cemerlang dan sebaliknya adalah sikap serta komitmen mereka.
Menyentuh mengenai prestasi Chong Wei, anak kelahiran Bukit Mertajam ini tidak usah terlalu gembira atau berpuas hati dengan pencapaiannya di Terbuka Switzerland. Hakikatnya, rekod pertemuan Chong Wei melawan Lin Dan yang masih memihak kepada pemain China itu (4 kemenangan memihak kepada Chong Wei, 14 untuk Lin Dan) bererti perjuangan untuk mengekalkan gelaran pemain nombor satu dunia masih belum berakhir malah akan menjadi lebih mencabar selepas ini.
Sudah tentu Lin Dan tidak akan duduk diam selepas kekalahan terbarunya kepada Chong Wei dan pemain lincah tersebut sudah tentu akan memperbaiki kelemahannya dalam misinya untuk menumbangkan Chong Wei sekali gus merampas kembali ranking nombor satu dunia.
Pendek kata, Chong Wei tidak boleh memandang remeh terhadap ancaman Lin Dan. Berdasarkan kepada pertembungan beliau dengan Lin Dan dalam pertemuan-pertemuan sebelumnya, masih ada ruang kelemahan yang boleh diperbaiki.
Umpamanya pada perlawanan final di Kejohanan Terbuka All-England minggu sudah, Chong Wei dilihat agak gugup ketika menangkis serangan smash bertubi-tubi Lin Dan. Dari segi kepantasan, kekuatan dan kecerdasan menangkis serta membaca gerak lawan, Lin Dan terus di hadapan. Malah Chong Wei terikut-ikut dengan rentak permainan Lin Dan hinggakan beliau terperangkap dan mati langkah ketika cuba menangkis serangan pemain China itu.
Apa pun, kita harapkan kemenangan keempat peribadi Chong Wei ke atas Lin Dan akan menjadi titik-tolak kepada perubahan dari segi mentaliti pemain berkenaan ketika berhadapan dengan pesaing utamanya. Chong Wei tidak harus gugup ataupun berasa takut dengan Lin Dan. Apabila tembok psikologi ini mampu diatasi, tidak mustahil Lin Dan pula yang akan mengalami badi kekalahan kepada Chong Wei.
Realitinya, ada kalanya menjinakkan pihak lawan dilihat lebih mudah daripada menguasai pemikiran dan mentaliti diri kita sendiri. Inilah perspektif yang harus diteliti oleh badan sukan negara dalam usaha mengasah atlet-atlet sukan yang mampu bersaing di semua peringkat.
Chong Wei haruslah menjustifikasikan statusnya sebagai pemain badminton nombor satu dunia dengan mempamerkan persembahan mantap dan membuktikan kepada dunia bahawa beliau boleh mengalahkan sesiapa sahaja biarpun dalam keadaan tertekan.
Kemenangan ke atas Lin Dan di Terbuka Switzerland bukti bahawa Lin Dan tidak kebal dan mampu dijinakkan sekiranya Chong Wei mempunyai percaturan strategi yang bijak. Kita tidak mahu melihat Chong Wei hanya menyinar di peringkat negara tetapi kurang menyerlah di peringkat dunia dan akhirnya digelar sebagai jaguh kampung. Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai seorang pemain badminton yang mampu mengekalkan ranking nombor satu dunia untuk satu tempoh yang lama.
Daripada bergelar sebagai juara kampung, lebih baik jika atlet-atlet sukan negara kita digelar sebagai juara dunia!

Saturday, April 9, 2011

KEJOHANAN BOLA JARING MSS DAERAH SEREMBAN 2

KEPUTUSAN RASMI BAWAH 15 TAHUN.

    JOHAN        :  SMK PANCHOR
    N. JOHAN   :  SMK PUTERI
    KETIGA       :  SMK SERI AMPANGAN
    KEEMPAT   :  SMK TAMAN TUANKU JAAFAR


KEPUTUSAN RASMI BAWAH 18 TAHUN.

   JOHAN        :  SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
   N. JOHAN   :  SMAP LABU
   KETIGA       :  SM VOKASIONAL AMPANGAN
   KEEMPAT   :  SMK PANCHOR

Syabas kepada pemenang-pemenang terutamanya Team Panchor yang begitu cemerlang di bawah kendalian Ustazah Rosenani dan Cikgu Salina. Target kita untuk menang dalam Kejohanan Negeri pula..


TEAM PANCHOR JUARA!

Wednesday, April 6, 2011

KEJOHANAN BOLA JARING MSS DAERAH SEREMBAN 2

SMK PANCHOR akan menjadi tuan rumah pada edisi kejohanan kali ini. Sama-sama kita doakan penganjuran ini berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah.
TARIKH            :  7 APRIL 2011
TEMPAT           :  CENTRE COURT, PAROI

Friday, April 1, 2011

SAFEE SALI

Patut la Safee Sali beriya-iya tidak mahu lepaskan peluang untuk bermain di Liga Super Indonesia. Memang lumayan gaji yang ditawarkan oleh Pelita Jaya kepada Safee Sali iaitu sebanyak RM30,360 sebulan. Sama-sama kita doakan agar karier beliau terus maju di sana.
MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini.