Monday, February 14, 2011






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat islam diluar sana terutama sekali kepada pembaca tegar blog ini,saya ucapkan selamat menyambut hari maulidur rasul kepada semua yang  berlangsung pada hari ini,rasanya ramai dah yang tahu makna "maulidur rasul" tapi nak cerita juga sedikit sebanyak tentang hari yang mulia ini ok,maulidur rasul ini bermaksud kelahiran Rasulullah junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T bersama kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada kita umat akhir zaman hingga sekarangni,maka setiap tahun pada hari kelahiran Baginda,umat islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis untuk memperingati hari keputeraan Baginda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah agama,perarakkan dan banyak lagi.

Jadi kepada yang berkesempatan pergilah sertai aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan Baginda,Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Jadikan Rasulullah sebagi idola bukan lah penyanyi yang kita agung-agungkan. Janganlah kita ikuti amalan-amalan orang Barat menyambut Hari Valentine. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih,insyallah~amin





No comments:

Post a Comment