Monday, February 28, 2011
KEJOHANAN GOLF MSS N.SEMBILAN
Bertempat di Kelab Golf Diraja Seri Menanti akan berlangsung Kejohanan Golf MSS N sembilan bermula 1 Mac sehingga 2 Mac. SMK Panchor telah diwakili oleh seorang pelajar yang berpengalaman iaitu Syed Muhammad Fawwaz. Semoga beliau memperolehi kejayaan yang cemerlang...
Sunday, February 27, 2011
KEJOHANAN RENANG MSS NEGERI SEMBILAN
PENCAPAIAN KESELURUHAN
BIL | NAMA | PENCAPAIAN |
1 | Mohd Irshad Syahir Abd Halim | 2 Perak |
2 | Intan Syahirah bt Abd Halim | 6 Perak 1 Gangsa |
3 | Izyan Syaza bt Abd Halim | 9 Emas 2 Perak 1 Gangsa |


Wednesday, February 23, 2011
SUKAN DALAM ISLAM
Pertamanya, kami ingin memaklumkan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”
Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnyadengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:
“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah.
Bagaimana Islam Memandang Sukan?
Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati:“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.
Kesan Sukan Kepada Badan :
Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.
Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam :
Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.
Adab Bersukan Dalam Islam :
Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.
Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.
Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”
Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.
Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”
BOLA SEPAK PRA KELAYAKAN OLIMPIK
KEPUTUSAN : MALAYSIA (2) PAKISTAN (0)
Harimau muda mengekalkan momentum kemenangan untuk pasukan kebangsaan kita..Malaysia boleh menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan ini. Penyudah barisan serangan mesti dipertajamkan lagi untuk menghadapi perlawanan di Pakistan..Syabas Harimau Muda. Hoben Jang Hoben!
Tuesday, February 22, 2011
SENAMAN YANG BAIK
Garis panduan dibawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.
1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila anda
semakin lebih cergas.
- Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
- Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi mengelakkan
pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
- Ketidakselesaan
- Sakit
- Pening
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
- Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
- Petang ( selepas pukul 6 petang )
- Permukaan yang rata.
- Suhu dan kelembapan udara terkawal.
- Kawasan redup dan teduh.
- Tempat yang cukup terang.
menggantikan kehilangan peluh.
11. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit diabetes:
- Bawa gula-gula atau manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia(paras glukos rendah).
- Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
- Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
- Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
- Jangan lakukan senaman yang terlalu aggresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.
Monday, February 21, 2011
KEJOHANAN RENANG MSS NEGERI SEMBILAN
Bertempat di Pusat Akuatik, Paroi, SMK Panchor akan menghantar seramai 11 orang perenang-perenang yang berbakat besar untuk memburu pingat yang pertama untuk sekolah dalam acara ini. Bermula pada 22 Feb sehingga 24 Feb, atlet renang pada tahun ini nampaknya lebih bersedia dibawah kendalian jurulatih persendirian mereka. SEMOGA BERJAYA...INSAN CEMERLANG!
PESERTA RENANG SMK PANCHOR 2011
| NAMA |
1 | Amirul Faiz b Zulfakar |
2 | Mohd Shazryl Putra b Hanifah |
3 | Saiful Amin b Kamarulzaman |
4 | Ahmad Imran b Zaharudin |
5 | Atikah bt Faiza |
6 | Ahmad Faiz b Zaharudin |
7 | Haziq Fazry b Zulfakar |
8 | Mohd Irshad Syahir Abd Halim |
9 | Ahmad Nazhan b Pahrolzaman |
10 | Intan Syahirah bt Abd Halim |
11 | Izyan Syaza bt Abd Halim |
Saturday, February 19, 2011
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011
Keputusan Rasmi Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Kali Ketujuh 2011
Kedudukan | Rumah | Mata |
01 | BIRU | 193 |
02 | HIJAU | 144 |
03 | MERAH | 139 |
04 | KUNING | 91 |
Begitulah mata yang dikutip oleh setiap rumah sukan untuk Kejohanan Merentas Desa Kali ke 7 2011.
Tahniah kepada pasukan Rumah Biru kerana berjaya mempertahankan kejuaraan merentas desa pada tahun ini. Rumah Hijau perlu tingkatkan prestasi untuk menghadapi sukantara dan Kejohanan Padang dan Balapan.Kepada rumah-rumah yang lain diucapkan juga syabas kerana dapat membentuk satu pasukan yang berdisplin dan bersemangat semasa kejohanan berlangsung..Syabas!
MAJULAH SUKAN UNTUK SMK PANCHOR
Friday, February 18, 2011
MERENTAS DESA
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KETUJUH 2011
TARIKH : 18 FEBRUARI 2011
MASA : 7.30AM - 12.00AM
TEMPAT : SEKITAR KG PANCHOR, TAMAN MARGOSA
SEMOGA BERJAYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK PANCHOR. TAHUN LEPAS KEJUARAAN ADALAH BERPIHAK KEPADA RUMAH BIRU. ADAKAH RUMAH BIRU AKAN TERUS MENGUNGGULI KEJOHANAN INI. SAKSIKAN......................................
Tuesday, February 15, 2011
PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN
KEPUTUSAN TERKINI
N.SEMBILAN (0 ) : FELDA UNITED( 1 )
Negeri Sembilan kalah lagi..apa telah terjadi dengan keupayaan pasukan bola sepak kita. Adakah ketiadaan Idris Karim penyebab utamanya. Melihat kepada corak permainan yang dapat kita tengok secara live di Astro adalah amat mengecewakan. Komen saya apabila melihat permainan malam ini..
Wan Jamak perlu berkerja keras lagi supaya kombinasi pemain yg diturunkan di padang adalah mantap walaupun kita mempunyai pemain yg hebat. Bangkit Rusa! Hoben Jang Hoben
p/s Kenapa hadapan jersi n.sembilan tidak ada logo sponsor lagi?tak dapat cari sponsor yang sesuai ka...come on PBNS.
N.SEMBILAN (0 ) : FELDA UNITED( 1 )
Negeri Sembilan kalah lagi..apa telah terjadi dengan keupayaan pasukan bola sepak kita. Adakah ketiadaan Idris Karim penyebab utamanya. Melihat kepada corak permainan yang dapat kita tengok secara live di Astro adalah amat mengecewakan. Komen saya apabila melihat permainan malam ini..
- pemain-pemain nampak teragak-teragak,buntu apabila dapat bola dan lambat bertindak.
- tiada chemistry antara pemain-pemain.passing tidak tepat, saling tidak membantu.
- kelemahan utama adalah di bahagia midfield (tidak kreatif)-Shukur Adan patut bermain di bahagian tengah.
- low confidence (tak dapat perfom yg sebenar)
- Kunanlan tidak bermain dengan baik-selalu lost ball.Mahathevan tak banyak membantu-slow (patut diganti dengan pemain yang dpt membantu striker selepas Felda United bermain 10 orang.
- pujian untuk bahagian pertahanan.
Wan Jamak perlu berkerja keras lagi supaya kombinasi pemain yg diturunkan di padang adalah mantap walaupun kita mempunyai pemain yg hebat. Bangkit Rusa! Hoben Jang Hoben
p/s Kenapa hadapan jersi n.sembilan tidak ada logo sponsor lagi?tak dapat cari sponsor yang sesuai ka...come on PBNS.
Monday, February 14, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat islam diluar sana terutama sekali kepada pembaca tegar blog ini,saya ucapkan selamat menyambut hari maulidur rasul kepada semua yang berlangsung pada hari ini,rasanya ramai dah yang tahu makna "maulidur rasul" tapi nak cerita juga sedikit sebanyak tentang hari yang mulia ini ok,maulidur rasul ini bermaksud kelahiran Rasulullah junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T bersama kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan kepada kita umat akhir zaman hingga sekarangni,maka setiap tahun pada hari kelahiran Baginda,umat islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis untuk memperingati hari keputeraan Baginda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah agama,perarakkan dan banyak lagi.
Jadi kepada yang berkesempatan pergilah sertai aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi memperingati hari keputeraan Baginda,Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Jadikan Rasulullah sebagi idola bukan lah penyanyi yang kita agung-agungkan. Janganlah kita ikuti amalan-amalan orang Barat menyambut Hari Valentine. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih,insyallah~amin
Sunday, February 13, 2011
1 MURID 1 SUKAN
LATIHAN MERENTAS DESA
TARIKH : 14 & 16 FEBRUARI 2011 (ISNIN & RABU)
MASA : 4.OOPM
TEMPAT : TREK LALUAN.(BERKUMPUL DI DEWAN TERBUKA SEBELUM LARIAN)
* PELAJAR MESTILAH MEMAKAI PAKAIAN SUKAN YANG LENGKAP.
SELAMAT BERLARI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK PANCHOR.TINGKATKAN SEMANGAT JUANG ANDA UNTUK MEMASTIKAH RUMAH SUKAN ANDA AKAN MENANG.
Subscribe to:
Posts (Atom)